Papan tanda lalu lintas
Papan tanda lalu lintas

Papan tanda lalu lintas

Papan tanda lalu lintas atau isyarat lalu lintas[1] ialah papan tanda yang dipasang di tepi atau di atas jalan raya bagi memberi arahan, panduan atau maklumat kepada para pengguna jalan raya. Isyarat-isyarat terawal ialah tanda jalan kayu atau batu yang ringkas. Kemudiannya, papan tanda dengan lengan arah diperkenalkan, contohnya tiang panduan di United Kingdom dan tanda jalan di Saxony.Dengan jumlah lalu lintas meningkat sejak 1930-an, banyak negara menerapkan papan-papan tanda bergambar atau dipermudahkan dan diseragamkan bagi mengatasi halangan bahasa untuk mempertingkat keselamatan. Papan tanda bergambar menggunakan simbol-simbol (biasanya berbentuk bayang) untuk menggantikan perkataan dan biasanya berdasarkan protokol antarabangsa. Papan-papan tanda jenis ini mula dibangunkan di Eropah dan diterima pakai oleh kebanyakan negara pada tahap yang berbeza-beza.

Rujukan

WikiPedia: Papan tanda lalu lintas http://mysite.du.edu/~jcalvert/railway/ctc.htm http://uli.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=NL... http://web.archive.org/web/20190726145347/https://... https://aleph.nkp.cz/F/?func=find-c&local_base=aut... https://aleph.nkp.cz/F/?func=find-c&local_base=aut... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb11950066t https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb11950066t https://id.loc.gov/authorities/subjects/sh85136778 https://d-nb.info/gnd/4062994-6 https://id.ndl.go.jp/auth/ndlna/00561698